Linda Jasmine dan Tengku Ratu Haidar antara peserta anak beranak yang menyertai program hiburan iatu Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 19 April ini pukul 9 malam.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri kepada pelakon, Que Haidar iaitu Linda Jasmine, 53, seolah-olah memberi bayangan tentang punca sebenar perceraian mereka sebelum ini selepas sekian lama berdiam diri.

Menerusi satu komen ditinggalkan di TikTok, Linda menyatakan tindakannya berpisah adalah demi melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini.

“Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya (minta) cerai daripada dia. #YTJT,” tulisnya ringkas tanpa memperincikan lanjut.

Kenyataan tersebut dipercayai dibuat sebagai respons kepada seorang netizen yang menasihatkan agar Linda kembali rujuk dengan bekas suaminya.

Malah, netizen berkenaan turut mencadangkan supaya mereka bernikah semula demi kebaikan bersama.

“Lebih baik kamu berdua bernikah semula. Kamu berada dalam perlindungan Allah daripada kejahatan, kemudian bersatu kembali demi kebaikan bersama,” tulis individu tersebut.

Tengku Ratu Haidar.
“Terima kasih atas perhatian kalian, tapi awak tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir,” jelasnya.

Untuk rekod, Linda dan Que, 48, mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Sementara itu, Linda dan Ratu antara peserta anak beranak yang menyertai program hiburan iatu Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 19 April ini pukul 9.00 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast