Mohd Faizul Mohd Salleh

MUAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Muar membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini walaupun persiapan sudah dibuat.

Ketua Kawasan Amanah Kawasan Muar, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, pembatalan itu dilakukan selepas melihat perkembangan semasa, peperangan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Keputusan ini juga bagi menyahut saranan Kerajaan untuk tidak mengadakan sambutan Aidilfitri. Semua persiapan yang telah dibuat akan disusun semula untuk memberikan keringanan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

“Keputusan ini dibuat sebagai tanda sokongan terhadap seruan kerajaan di samping menzahirkan komitmen kami terhadap nilai kesederhanaan serta keutamaan kepada kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, semangat Aidilfitri tetap diraikan dalam suasana sederhana, penuh kesyukuran dan perpaduan.

“Pihak kami merakamkan penghargaan atas dokongan dan sokongan semua pihak,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast