Mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di susur masuk Tol Sungai Buaya

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di susur masuk Tol Sungai Buaya arah selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kira-kira jam 7.55 pagi, manakala kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 7.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di Kepong dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di susur masuk tol tersebut sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast