Sumber SPRM

KUALA LUMPUR – Reman bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan dan seorang pengerusi sebuah syarikat pegangan yang disyaki bersubahat dengan beberapa ahli lembaga pengarah dan pemegang saham dalam urus niaga penjualan saham kepada badan berkanun itu disambung lima hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Ainul Izzati Mohd Jamili.

Terdahulu, SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebagai rekod, sebelum ini kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Pengarah Kanan BOK, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, kes tersebut turut disiasat berkaitan kesalahan pecah amanah jenayah dan kesalahan jenayah lain yang berkaitan, khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Skandal urus niaga saham: SPRM kesan aliran dana luar negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast