SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini, kerana disyaki menerima rasuah berhubung kontrak pembinaan gelanggang skuasy.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.20 malam di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.

Tangkapan dibuat sejurus suspek dipercayai menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.

Difahamkan, suspek sebelum ini meminta wang rasuah berjumlah RM1 juta sebagai balasan untuk memberikan kelulusan bayaran tuntutan kepada kontraktor berkenaan.

“Suspek juga dipercayai telah menerima wang sebanyak RM500,000 sebelum sambutan Aidilfitri lepas sebagai bayaran pendahuluan,” menurut sumber itu.

Susulan penahanan itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut. — BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast