Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata AKPS menahan tujuh kontena mengandungi ayam dan itik sejuk beku bernilai RM1.62 juta selepas mendapati dokumen, termasuk sijil halal dan kesihatan, disyaki palsu serta tidak sepadan. Semua kontena disita untuk siasatan lanjut, manakala satu lagi kontena daging babi sejuk beku dari Australia turut ditahan bernilai RM204,000.














