Jari bayi 7 bulan tersepit pada 'baby walker' di Kampung Suar Kapar, Klang hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila ibu jari kanan bayinya yang berusia tujuh bulan tersepit pada ‘baby walker’ dalam kejadian di Kampung Suar Kapar, Klang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.41 tengah hari tadi.

Susulan itu,katanya, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azha Mohamed Sayuti dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja anggota didapati seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan tersepit ibu jari pada ‘baby walker‘.

“Anggota bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan selamat menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast