Pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias sudah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumahnya, kata abangnya, Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar tidak menziarahi adiknya kerana Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim masih belum pulih sepenuhnya.

Tambahnya, buat masa sekarang hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan menziarahi pendakwah terkenal itu.

“Pihak hospital memberitahu rawatan susulan tetap akan dilakukan terhadap beliau kerata terdapat implikasi jantung yang lain. Terima kasih kepada semua. Terima kasih banyak-banyak…kami amat hargai semua,” katanya.

Khamis lalu Malaysia Gazette melaporkan Ustaz Kazim dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan akibat masalah jantung. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Ustaz Kazim masuk ICU, alami masalah jantung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast