Foto: FB Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau telah menerima satu lagi surat tuntutan saman berkenaan isu sistem penggajian pekerja asing.

Menurut bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, surat tuntutan saman kedua itu adalah daripada pengasas dan pemilik Bestinet Sdn Bhd, Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor.

Katanya, saman pertama yang kini sedang berjalan di mahkamah, adalah dari Bestinet Sdn Bhd, pengendali sistem Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).

“Saya telah meminta pasukan peguam saya menguruskan hal ini.

“Pasukan peguam akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan penilaian mereka,” kata bekas Menteri Ekonomi itu menerusi Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Bestinet Sdn Bhd dan pengasasnya, Aminul Islam menyaman 10 media dan individu, termasuk Rafizi dengan tuntutan ganti rugi melebihi RM1 bilion. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast