Foto: Sumber SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang Timbalan Yang Dipertua sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan penyelewengan dana NGO berjumlah kira-kira RM230 juta.

Perintah reman selama lima hari sehingga 30 April ini terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Faizah NorRanderan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi sebaik sahaja tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu dan susulan tangkapan tersebut, terkini SPRM telah membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM150 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast