Foto : Sumber Awam

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling di sini, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada Jumaat lepas.

Beliau berkata susulan laporan itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki kedudukan remaja berkenaan.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengenal pasti arah pergerakan mangsa,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast