FB palsu - Sumber FB rasmi Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan meminta orang ramai berwaspada dan tidak terperdaya dengan akaun Facebook palsu “Tokmat Hasan” yang menggunakan gambar beliau.

Timbalan Presiden UMNO itu meminta orang ramai hanya merujuk saluran dan akaun media sosial rasmi beliau bagi mengelakkan kekeliruan.

“Akaun yang menggunakan nama Tokmat Hasan ialah akaun palsu dan tiada kaitan dengan saya. Orang ramai diminta berwaspada dan hanya merujuk saluran sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata media sosial rasminya di Facebook menggunakan nama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Instagram mohamadhjhasan dan TikTok TokMat@mohamadhjhasan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast