Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis BSJND IPD Sandakan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi di sekitar pusat bandar dan PPR Taman Harmoni. - Foto: Polis Daerah Sandakan

KUALA LUMPUR  – Dua lelaki ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar pusat bandar, semalam.

Operasi yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 2 petang itu melibatkan pemeriksaan di kawasan Pusat Bandar Sandakan serta Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Batu 3.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B. Abd Rakman, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah berbahaya sebelum dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam sebuah kenyataan pada hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast