Onn Hafiz ketika berucap pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor bertenang kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Menurut ADUN Machap itu mahu semua wakil rakyat terus berkhidmat seperti biasa.

“Saya dengar ada desas-desus PRN akan berlaku tidak lagi dan ada pelbagai spekulasi. Pada hari ini 7 Mei saya ingin jawab spekulasi tersebut.

“Saya umumkan DUN Johor tidak akan dibubarkan pada hari ini, jadi boleh relaks, saya sarankan YB jangan risau pasal PRN.

“Terus buat kerja, bagi khidmat kepada rakyat dan Bangsa Johor, soal PRN tolak tepi dulu, banyak program dan inisiatif yang perlu kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pergulungan menerusi sidang DUN  di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast