KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di sekitar Padang Merbok, di sini akan ditutup susulan penganjuran program larian XTEP 10KM Time Trial 2026 di ibu negara, esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, program berkenaan akan berlangsung mulai pukul 5 hingga 9 pagi.

Antara laluan terlibat iaitu bermula dari Padang Merbok melalui Jalan Berjasa, Jalan Sultan Salahuddindan dan Bulatan Dato Onn.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru) dan Jalan Parlimen.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalan lebih awal, mematuhi arahan petugas trafik dan menggunakan laluan alternatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ia bagi mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan terlibat sepanjang acara berlangsung.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan terlibat boleh diperoleh dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran, jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast