Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maahadul Islami Tasek Junjung di Simpang Ampat, Bukit Mertajam dipindahkan selepas kawasan sekolah dilanda banjir kilat malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat dan peningkatan paras air sungai hingga menyebabkan beberapa kawasan sekolah dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter.














