MAKKAH – Seorang jemaah haji wanita meninggal dunia di Hospital King Faisal pada jam 5.53 pagi Ahad lalu akibat serangan jantung.
Lembaga Tabung Haji berkata, Allahyarhamah yang berusia 63 tahun, berasal dari Setiu, Terengganu.
Allahyarham datang ke Tanah Suci bersama suaminya merupakan jemaah daripada kumpulan KT19 dan menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah.
Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada jam 5.53 pagi akibat serangan jantung.
Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.
TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette
















