Foto IG Ekya Farhana.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Eyka Farhana kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada 16 Mei lalu.

Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmiz berkata, kehadiran bayi yang diberi nama Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar menghilangkan segala kesakitan dilalui sepanjang proses melahirkan.

“Masya-Allah, momen paling indah berlaku pada 16 Mei 2026. Alhamdulillah, Baby L selamat dilahirkan secara normal. Kesemua kesakitan hilang sekelip mata ketika saya melihat wajah kecil awak sayang.

“Selamat datang ke dunia hero saya, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar,” katanya dalam satu hantaran Instagram di sini.

Tambah Eyka, 31, anak sulungnya itu akan diberikan kasih sayang sepenuhnya dan kelahirannya merupakan harta paling bernilai dalam hidup ketika ini.

“Awak disayangi, berharga dan menjadi sebahagian jiwa kami. Kami menyayangi awak lebih daripada sebarang kata-kata yang terucap,” ujarnya.

Terdahulu, Eyka dan Akhyar pada April lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast