Sumud Nusantara Official

ISTANBUL – Kepulangan aktivis yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla menandakan “satu detik penting dalam perjuangan yang dilaksanakan bagi suara hati kemanusiaan,” kata Pengarah Komunikasi Turkiye Burhanettin Duran pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam kenyataan yang dikongsi menerusi platform media sosial Turkiye, NSosyal, Duran berkata aktivis berkenaan berlayar bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyifatkan kepulangan mereka ke Turkiye sebagai perkembangan penting.

Beliau mengecam “lanun yang dilakukan di perairan antarabangsa” serta layanan yang diterima aktivis terbabit, sambil menyifatkannya sebagai “satu lagi episod memalukan menambah rekod hitam kerajaan Israel yang terus memijak nilai kemanusiaan.”

Walaupun insiden itu berlaku, Duran berkata usaha aktivis dari pelbagai negara untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di Gaza membuktikan bahawa “suara hati, solidariti dan maruah kemanusiaan masih wujud.”

Beliau turut menyifatkan usaha yang dilaksanakan “di bawah kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan” serta ketegasan yang ditunjukkan semua institusi negara memainkan peranan penting dalam memastikan kepulangan selamat rakyat Turkiye.

Duran turut menzahirkan ucapan semoga sembuh kepada semua sukarelawan yang cedera dan berkata beliau menghormati “semua pihak yang berdiri teguh bersama rakyat Palestin serta mempertahankan pendirian berprinsip menentang penindasan”. – – BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast