Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman dan isteri di majlis perkahwinnya. - Foto: Media sosial

KUALA LUMPUR – Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sah menamatkan zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam satu majlis yang berlangsung di Johor Bahru, hari ini.

Perkara itu menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan selepas gambar serta kad jemputan perkahwinan pasangan berkenaan tular di media sosial sejak malam tadi, sebelum akhirnya majlis tersebut berlangsung seperti yang dijadualkan.

Majlis pernikahan berkenaan dilaporkan berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran ahli keluarga, kenalan rapat serta beberapa figura penting bola sepak tanah air.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan berkenaan pula dijadualkan berlangsung pada sebelah malam dan bakal diserikan dengan keberangkatan tiba Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Video Berkaitan

Kehadiran tetamu kehormat itu pastinya menambah seri majlis resepsi pasangan pengantin baharu tersebut.

Terdahulu, kad undangan pernikahan Arif Aiman turut tular di media sosial sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Arif Aiman ketika ini merupakan antara tonggak utama JDT dan skuad kebangsaan, selepas mempamerkan prestasi konsisten serta menjadi antara prospek terbaik bola sepak Malaysia di pentas domestik dan Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast