Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan ke atas LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini hanya boleh dilakukan jika mereka dikaitkan dengan akta jenayah dan aktiviti mempromosikan budaya songsang itu.

“Apa yang kamu (wartawan) mahu saya buat. Awak mahu saya tangkap mereka-mereka ini?

Anda mahu saya letak mereka dalam penjara sebab (aktiviti mereka), saya telah jelaskan kalau melibatkan jenayah dimana ia dimaktubkan dalam undang-undang.

“Kedua bab mempromosikan (LGBT), kamu tidak boleh lebih dari itu. Ini langkah terbaik yang kami buat dalam memastikan isu ini ditangani sebab awak kata tadi isu ini sensitif,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang langkah kerajaan dalam menangani budaya negatif yang mendapat kritikan rakyat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Malah, beliau menegaskan setiap wargacnegara Malaysia mempunyai hak masing-masing.

Dalam pada itu, Mujahid mengakui pihaknya ada mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di sebuah festival pameran fotografi George Town diturunkan.

Menurut beliau, arahan itu dibuat kerana pameran potret itu dilihat mempromosikan gelaja itu yang bertentangan dengan polisi PH berhubung isu LGBT.

“Jadi untuk menghormati polisi..kerana bagi saya kalau anda letakkan gambar bersama simbol dan ditulis aktivis LGBT, jika (dikatakan) tiada promosi, jadi sebenarnya definisi promosi (bagi mereka),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast