Foto: FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dengan kedalaman 10 kilometer (km) direkodkan berlaku di Ranau, Sabah pada jam 10.36 pagi, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 6.07° Utara dan longitud 116.58° Timur.

Menurutnya, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud, Sabah.

Tambah beliau, pada hari yang sama iaitu jam 10.33 malam, satu lagi gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dan kedalaman 10 km turut direkodkan berlaku di Mambong, Sarawak.

“Gempa bumi tersebut berpusat pada latitud 1.32° Utara dan longitud 110.39° Timur.

“Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Samarahan dan Serian, Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, MET Malaysia akan terus memantau keadaan itu dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

Ujarnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah.

“Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan serta menghubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast