Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu aduan dikemukakan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria, Mesir berhubung pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia perlu diselesaikan  dengan kadar segera demi kepentingan pelajar yang terlibat.

Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri, ketika ini, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan akademik program berkaitan.

Bagaimanapun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi memerlukan pertimbangan dan persetujuan Lembaga Farmasi Malaysia, katanya dalam kenyataan.

“Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast