Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta semasa keluar dari simpang tiga di Jalan Permaisuri, Bandar Mahkota Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang itu ketika  kereta dipandu seorang peniaga berusia 35 tahun sedang melalui Jalan Permaisuri sebelum tiba di simpang tiga jalan berkenaan.

“Ketika itu, sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun keluar dari simpang secara tiba-tiba. Pemandu kereta gagal mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, penunggang motosikal yang bekerja sebagai pemandu bas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam masa yang sama, Naazron meminta orang ramai
yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast