KUALA LUMPUR â Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) masih berfungsi sebagai badan tertinggi gabungan itu selepas mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertindak membelakangkan keputusan yang telah dipersetujui bersama.
Menurut beliau, Perlembagaan PN dengan jelas memperuntukkan bahawa segala urusan gabungan berkenaan hendaklah ditadbir oleh MT PN yang berperanan sebagai badan tertinggi, termasuk dalam menentukan dasar serta hala tuju politiknya.
Beliau berkata, Fasal 8.1 Perlembagaan PN menyatakan bahawa âSegala urusan Perikatan Nasional hendaklah ditadbirkan oleh Majlis Tertinggi yang berfungsi sebagai Badan Tertinggi Perikatan Nasionalâ, manakala Fasal 8.3(I)(d) dan Fasal 8.4(I) memperuntukkan tanggungjawab pengerusi untuk melaksanakan dasar yang diputuskan MT serta kuasa badan itu menetapkan hala tuju PN.
Tun Faisal turut mengimbau keputusan Mesyuarat MT PN pada 14 Mac 2023 yang menetapkan jawatan Ketua Pembangkang akan disandang oleh seorang Ahli Parlimen Pas bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas Mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026 menyebut, “Perikatan Nasional (PN) hari ini mengesahkan pihaknya terbuka untuk meneroka bentuk-bentuk kerjasama pilihan raya atau electoral pact dengan mana-mana parti dan mereka yang berkongsi prinsip dan wawasan yang sama”, dan “parti-parti bukan anggota ini boleh berunding dengan jawatankuasa yang akan menentukan terma dan syarat-syaratnya.”
“Setakat ini belum dengar ada jawatankuasa yang telah dibentuk bagi tujuan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tun Faisal mendakwa Abdul Hadi telah bertindak bertentangan dengan dua keputusan MT PN apabila mengumumkan Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang, selain secara unilateral mengumumkan Parti Wawasan Negara akan menggunakan logo PN tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan badan tertinggi gabungan itu.
âSemalam dengan angkuh dan sombongnya, Presiden Pas telah melanggar kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi PN ini, pertama, apabila mengumumkan Hamzah Zainudin untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Pembangkang.
“Kedua, apabila Pas secara unilateral mengumumkan Parti Wawasan Negara akan menggunakan logo PN tanpa merujuk MT PN.
âKedua-dua pengumuman ini bukan sahaja tidak menghormati prinsip permuafakatan dan musyawarah dalam Perikatan Nasional selama ini, malah adalah bertentangan dengan Perlembagaan PN apabila Presiden parti anggota boleh bertindak bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh MT PN,â katanya lagi.
Beliau mendakwa tindakan seumpama itu bukan perkara baharu, malah Pas sebelum ini dikaitkan dengan âLangkah Bangkokâ dan beberapa kali menyuarakan hasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO tanpa pernah dibincangkan dalam Mesyuarat MT PN.
Menurut Tun Faisal, siri tindakan tersebut akhirnya mengesahkan dakwaan Presiden UMNO sebelum ini bahawa, âPas talam dua muka, siang cakap lain, malam berubah cakap lain,â sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keputusan MT PN masih dihormati oleh parti-parti komponennya. â MalaysiaGazette
















