Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing yang ditahan berikutan tiada dokumen yang lengkap ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

BATU CAVES – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menahan 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Batu Caves dan Selayang pada Ahad.

Operasi yang melibatkan 34 pegawai penguat kuasa itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohd Asrul Hazdlyzan Zakaria menerusi tiga operasi serentak iaitu Ops Kutip, Ops Selera dan Ops Sapu bermula jam 4 petang.

Dalam operasi berkenaan, seramai 72 individu warga asing telah diperiksa dan dari jumlah itu, 52 orang ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing yang ditahan berikutan tiada dokumen yang lengkap ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

Lokasi pertama operasi tertumpu di kawasan Pasar Malam Batu Caves berhampiran Jalan Sri Selayang, di sini.

Hasil pemeriksaan terhadap 59 individu membawa kepada penahanan 39 warga asing terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, India dan Pakistan.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing yang ditahan berikutan tiada dokumen yang lengkap ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

Di lokasi kedua iaitu sebuah premis di SV Villas, Selayang Baru, empat lelaki warga asing ditahan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap empat individu.

Mereka terdiri daripada tiga warga India dan seorang warga Pakistan yang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing yang ditahan berikutan tiada dokumen yang lengkap ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

Sementara itu, di lokasi ketiga melibatkan sebuah kediaman di Kampung Laksamana, Batu Caves, di mana sembilan warga asing ditahan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap sembilan individu.

Mereka terdiri daripada warga Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan sebahagian warga asing yang ditahan berikutan tiada dokumen yang lengkap ketika serbuan di sekitar Selayang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JUN 2026.

Selain penahanan PATI, JIM Selangor turut mengeluarkan satu saman saksi dan mengenal pasti seorang majikan untuk tindakan lanjut bagi membantu siasatan.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi mengesan dan mengekang kehadiran warga asing yang melanggar syarat imigresen di negeri ini.

“Jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI atau aktiviti yang menyalahi undang-undang imigresen bagi membantu usaha penguatkuasaan jabatan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast