Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Sanjeevan ketika hadir pada Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU tergempar di Ibu Pejabat BERSATU di Yayasan Selangor Petaling Jaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 JUN 2026

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini membuat beberapa keputusan penting berkaitan hala tuju parti bagi memastikan ia terus kukuh dan bersedia menghadapi cabaran politik semasa.

Ketua Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan berkata, mesyuarat tersebut turut memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pelbagai aspek berkaitan persiapan pilihan raya dibincangkan termasuk penyelarasan jentera dan pemantapan organisasi parti.

Katanya, strategi mendekati rakyat turut menjadi antara agenda utama yang diperhalusi dalam mesyuarat berkenaan.

“Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini dipengerusikan oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat parti.

“Mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan termasuk penyelarasan jentera, pemantapan organisasi serta strategi mendekati rakyat.

“Mesyuarat turut membuat beberapa keputusan penting berkaitan hala tuju parti bagi memastikan Bersatu terus kukuh, bersatu dan bersedia menghadapi cabaran politik semasa,” katanya.

Perkembangan itu dilihat menunjukkan Bersatu sedang memperkemaskan persediaan organisasi dan politik menjelang kemungkinan berlakunya PRN di Johor dan Negeri Sembilan.

Mesyuarat tersebut berlangsung ketika tumpuan turut terarah kepada langkah serta strategi parti-parti politik dalam menghadapi perkembangan semasa landskap politik negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast