Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes gangguan fizikal melibatkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu yang dipercayai dicekik oleh rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Cheras pada 16 April lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, insiden yang berlaku di hadapan koperasi sekolah itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tempat duduk di kantin antara mangsa dan suspek yang juga merupakan pelajar lelaki Tingkatan Satu.

Menurutnya, suspek bertindak mencekik leher mangsa dari arah belakang selain melakukan provokasi secara lisan ketika kejadian.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk mendapatkan rawatan pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, satu mesyuarat jawatankuasa tiga pihak melibatkan polis, pihak sekolah dan penjaga telah diadakan pada 20 April lalu bagi membincangkan tindakan lanjut terhadap kes berkenaan.

“Hasil mesyuarat tersebut, pihak sekolah telah mengenakan tindakan disiplin berupa amaran dan gantung sekolah terhadap suspek,” ujarnya.

Kes berkenaan kini telah diambil maklum oleh pihak berkaitan dan tindakan sewajarnya telah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast