Mohammad Bagher Qalibaf. foto IRNA

TEHRAN – Selat Hormuz tidak akan kembali kepada keadaan sebelum perang dan akan ditadbir oleh Iran mengikut undang-undang antarabangsa.

Mohammad Bagher Qalibaf, yang juga Speaker Parlimen Iran dan ketua pasukan perunding negara itu ketika pulang selepas rundingan empat hala di Switzerland berkata, perjanjian terbaharu antara Iran dan Amerika Syarikat telah mengubah secara asas situasi di laluan perairan strategik tersebut.

“Semua pihak perlu tahu bahawa pentadbiran Selat Hormuz tidak akan kembali seperti sebelum perang.

“Sudah tentu, peraturan antarabangsa akan dipatuhi, namun Iran akan mentadbir Selat Hormuz,” tegas beliau dalam laporan IRNA. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast