Manuel Ugarte. Foto BBC.

LONDON – Manchester United berpotensi memperoleh pampasan yang besar sekiranya Manuel Ugarte disahkan terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialaminya ketika mewakili Uruguay di Piala Dunia 2026.

Di bawah FIFA Club Protection Programme, kelab berhak menerima pampasan bagi pemain yang mengalami kecederaan semasa menjalankan tugasan bersama skuad kebangsaan.

Skim itu hanya terpakai sekiranya pemain terpaksa diketepikan melebihi 28 hari dengan jumlah pampasan dihadkan sehingga £120,000 seminggu.

Sekiranya keputusan pemeriksaan perubatan mengesahkan Ugarte perlu berehat sehingga 12 bulan, Man United dianggarkan boleh menerima pampasan sekitar £5.78 juta iaitu jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah program tersebut memandangkan gaji pemain itu dilaporkan berada pada kadar £120,000 seminggu.

Bagaimanapun, angka tersebut masih bersifat anggaran dan bergantung sepenuhnya kepada keputusan akhir pemeriksaan perubatan serta tempoh pemulihan sebenar yang akan disahkan dalam masa terdekat.

Ketika aksi menentang Spain di peringkat kumpulan, Ugarte  terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan pada lutut kiri.

Selain itu, terdapat juga tanda-tanda kecederaan pada otot betis pemain tengah itu yang dipercayai berkemungkinan melibatkan koyakan.

Menurut Physio Scout, Ugarte dijangka boleh diketepikan antara sembilan hingga 12 bulan namun beliau masih perlu menjalani imbasan dan pemeriksaan lanjut bagi menentukan tahap sebenar kecederaan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast