Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki bertindak membakar sebuah motosikal dalam kejadian di Flat Sri Johor, Cheras di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, suspek berusia lewat 30-an ditahan di hadapan sebuah kediaman di Desa Pandan pukul 8.29 malam pada 27 Jun lalu.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian ini sekitar 1.30 pagi pada 24 Jun lalu dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D7 IPD Cheras telah melakukan serbuan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada isu berkaitan hutang antara suspek dan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 1 Julai ini bagi membantu siasatan lanjut,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast