Empat tertuduh diiringi anggota polis ketika menghadiri pengurusan kes bagi tarikh perbicaraan pembelaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Perbicaraan membabitkan empat lelaki yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh mangsa kes buli, T. Nhaveen, ditetapkan berlangsung Oktober depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Empat tertuduh terdiri daripada J. Ragesuthan, 26, S. Gokulan, 26, serta dua individu yang masih di bawah umur ketika kejadian.

Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Wahab semasa sesi pengurusan kes hari ini menetapkan perbicaraan selama lapan hari bermula pada 7 hingga 9 Oktober serta disambung pada 12 hingga 16 Oktober.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amri Johari berkata, satu lagi pengurusan kes secara dalam talian akan diadakan pada 13 Julai ini di hadapan Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid sebagai persediaan akhir sebelum perbicaraan bermula.

Kematian Nhaveen akan disiasat sebagai kes bunuh – Khalid

Artikel berkaitan: Mangsa buli meninggal dunia

Keadilan, tindakan tegas akan diambil atas kematian T. Nhaveen – PM

Kementerian Pendidikan masih siasat kes kematian Nhaveen

Kematian Nhaveen dapat perhatian antarabangsa

5 remaja buli Nhaveen hadapi tuduhan membunuh minggu depan

Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

Empat remaja didakwa bunuh Nhaveen, cederakan Previin

Pengurusan kes buli T. Nhaveen 26 Feb ini

Kes bunuh mangsa buli T. Nhaveen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Pembunuhan Nhaveen: Individu kelima dituduh selepas empat tahun

Mahkamah bebaskan lima rakan daripada tuduhan membunuh Nhaveen

Menurutnya, sesi itu akan digunakan untuk membangkitkan sebarang isu bagi memastikan kelancaran prosiding pada Oktober nanti.

Mohd Amri berkata, beliau akan mengendalikan kes berkenaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan, manakala semua tertuduh diwakili peguam Manvir Singh Dhillon dan R. Thevan.

Ketika ditanya sama ada terdapat penambahan saksi, Mohd Amri berkata beliau tidak mengetahui perkara itu kerana kes kini berada di peringkat pembelaan dan pihak pendakwaan belum dimaklumkan mengenainya.

Mengulas tempoh hampir sembilan tahun sebelum kes memasuki peringkat pembelaan, Mohd Amri berkata, pihak pendakwaan perlu meneliti semula keseluruhan fakta kes serta keterangan saksi bagi memastikan kesiapsiagaan penuh.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang pada 3 Oktober 2023 melepaskan dan membebaskan semua tertuduh daripada pertuduhan membunuh Nhaveen.

Susulan keputusan itu, mahkamah mengarahkan semua tertuduh membela diri serta mengembalikan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk prosiding pembelaan.

Kesemua tertuduh turut berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap rakan Nhaveen, T. Previin, dalam kejadian berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 9 Jun 2017.

Nhaveen meninggal dunia pada 15 Jun 2017 selepas enam hari menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast