Foto FB FIFA World Cup.

MEXICO CITY – England menyingkirkan tuan rumah, Mexico 3-2 dalam aksi penuh dramatik untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2026 di Stadium Mexico City.

Perlawanan mendebarkan itu menyaksikan dua sepakan penalti diberikan serta satu layangan kad merah di mana Three Lions terpaksa bertahan dengan 10 pemain untuk mengesahkan kemenangan.

Sebelum itu, perlawanan yang pada asalnya dijadualkan bermula 6 petang waktu tempatan terpaksa ditangguhkan selama sejam akibat ribut petir sebelum dua Jude Bellingham dan Harry Kane yang membuktikan skuad kendalian Thomas Tuchel kini calon ke final.

Kemenangan itu menyaksikan impian Mexico untuk melakar sejarah di bumi sendiri berakhir dengan penuh kekecewaan selepas memberikan tentangan luar biasa kepada antara pasukan pilihan kejohanan.

Menanti England di suku akhir ialah Norway yang sebelum itu menyingkirkan Brazil 2-1. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast