KUALA LUMPUR – Polis menasihati orang ramai supaya jangan panik dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan berhubung kes tikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Banting dekat sini hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 hingga 10 pagi hari ini dan suspek yang terlibat dalam insiden itu juga telah ditahan dan keadaan di lokasi terbabit kini terkawal.
“Suspek telah ditangkap manakala mangsa sudah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa pelajar melarikan diri selepas seorang individu yang juga pelajar sekolah itu dengan memakai sarung tangan hitam memegang sebilah pisau di kawasan sekolah berkenaan.
Sementera itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberi kerjasam penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden tikaman melibatkan seorang murid di sebuah sekolah di negeri itu.
Jelasnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan mangsa menerima rawatan terbaik selain bantuan sewajarnya disalurkan kepada keluarga mangsa.
“Pada masa sama, pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan bagi menyediakan sokongan psikologi kepada murid, guru, dan seluruh warga sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.
“Orang amai digesa supara tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa,”jelasnya. – MalaysiaGazette
















