Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar

MELAKA – Perbuatan keji seorang lelaki mencabul 10 kanak-kanak lelaki termasuk meliwat seorang daripadanya selepas pulang dari surau sejak lima bulan lalu terbongkar apabila ditahan di polis petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek peniaga berusia 38 tahun ditahan pukul 6 petang di Balairaya Taman Desa Duyong oleh orang ramai sebelum menghubungi dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurutnya, kejadian pertama melibatkan lapan kanak-kanak lelaki berusia antara 8 hingga 12 tahun di kawasan taman permainan berhampiran Duyong antara Mei hingga awal Julai lalu.

“Modus operandinya ialah suspek yang masih bujang mendekati mangsa ketika berada di taman permainan atau selepas menunaikan solat di surau.

“Suspek kemudian bertindak memeluk, mencium pipi atau dahi serta memegang bahagian sulit mangsa tanpa kerelaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, kes kedua bagi kesalahan liwat pula melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang telah dikenali suspek sejak tahun lalu dan sering bertemu di taman permainan atau surau.

“Kejadian persetubuhan luar tabii dipercayai berlaku pada Mac 2026 di rumah suspek selain turut melibatkan perlakuan amang seksual fizikal yang baru berlaku semalam.

“Kes ketiga pula melibatkan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun yang mana suspek dipercayai memegang bahagian sulit mangsa beberapa kali serta mencium pipi mangsa,” tambahnya.

Tambahnya, kejadian berlaku pada 8 dan 9 Julai 2026 di Taman Desa Duyong, sebuah pasar raya di Duyong dan sebuah kedai makan di Semabok.

“Susulan itu, suspek ditahan polis semalam dan direman tujuh hari sehingga 19 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapan murid sekolah lelaki dipercayai dicabul, suspek ditahan ketika bawa mangsa kesembilan- Noor Helmy

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast