KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas menyerang pelajar kolej menggunakan senjata tajam ketika menunggu bas di hentian bas Jalan Danau Saujana, Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditangkap di tepi jalan di Taman Setapak sekitar jam 10.54 pagi tadi.

“Tangkapan dilakukan oleh sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dan merampas sebatang besi pemutar jek kereta daripada suspek.

“Permohonan reman akan dipohon ke atas suspek pada esok dan kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah untuk menyalurkan kepada pihak polis.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi hubungi pusat kawalan IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Lelaki cedera dakwa diserang ketika tunggu bas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast