Empat Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu dari kiri Dr Naqib, Md Israk, Pannir dan Hasrunizah

JOHOR BAHRU – Empat Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu berikrar terus melaksana agenda pembangunan negeri selepas mengangkat sumpah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hasrunizah Hassan berkata, tumpuan awal akan diberikan terhadap penelitian portfolio dan agensi di bawah seliaannya sebelum merangka pelan tindakan yang lebih menyeluruh.

“Keutamaan akan diberikan terhadap usaha memperkukuh pembangunan wanita khususnya melibatkan ibu tunggal dan suri rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hasrunizah Hassan

“Kita lihat sebelum ini suri rumah banyak yang kerajaan negeri bantu. Suri rumah dan juga ibu tunggal kita ada data-data mereka jadi kita akan perkemaskan kini data dan lihat lagi apakah bantuan bersesuaian yang mungkin kita boleh tambah,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Saujana di sini hari ini.

Terdahulu seramai 10 Exco terbabit mengangkat sumpah jawatan berkenaan yang berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene di sini pagi ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, pelantikannya disifatkan sebagai satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawabjawab.

Walaupun portfolio pendidikan dan penerangan merupakan bidang baharu buatnya, beliau akan sedaya upaya memastikan tanggungjawab berkenaan dilaksana sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan usaha sehabis baik melaksanakan tugas ini. Kita berjumpa lagi dengan semua media pada masa depan untuk melaksanakan tugas bersama-sama, bukan hanya saya seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Dr Muhammad Naqib Ghazali

“Pertamanya, bagaimana kita menyampaikan maklumat komunikasi terutama dalam penerangan, kedua pendidikan, bagaimana inisiatif kerajaan negeri untuk kita kerjasama supaya berjaya dilaksanakan. Saya sebenarnya meneruskan apa yang telah dilaksanakan pimpinan sebelum ini,” katanya.

Pengurusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Kebudayaan, Pannir Selvam pula berkata, pertama kali menjadi wakil rakyat dan memegang portfolio adalah satu tanggungjawab besar baginya.

“Ini satu tanggungjawab yang besar sebab saya pertama kali jadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan di kawasan bandar pula. Di kawasan bandar tempat saya ni memang banyak kerja nak diselesaikan.

“Tapi ini ada satu lagi tanggungjawab amanah yang diberi, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik untuk Bangsa Johor dan negeri Johor,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Kebudayaan, P Pannir Selvam

Beliau mahu memperkasakan semula warisan yang ada di negeri ini selain kebudayaan dan perpaduan.

Sementara Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Md Israk Abdullah pula akan bertemu bekas Exco terdahulu, Datuk Zahari Sarip untuk mengetahui pelan yang sudah dirancangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Md Israk Abdullah

Beliau mahu mengetahui apakah perancangan yang sudah dibuat untuk tempoh lima tahun akan datang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast