Seorang penunggang maut kemalangan dengan teksi di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid/Jalan Pasir Gudang, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid/Jalan Pasir Gudang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 6.30 pagi yang melibatkan motosikal jenis Yamaha FZ150i(S) dengan teksi Proton Persona.

“Siasatan mendapati teksi itu dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau. Tiba-tiba motosikal mangsa datang dari arah bertentangan membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah menyebabkan teksi tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa yang berusia 55 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Gudang manakala pemandu teksi pula yang berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast