Seramai 1,503 anggota tentera bersama pasangan hadir menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Kem Rasah, Seremban sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Proses pengundian awal berlangsung dengan lancar apabila warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan hak demokrasi mereka bagi memilih wakil yang bakal membawa suara rakyat negeri ini.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #UndiAwal















