Pihak bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan selepas jari kanannya tersepit eskalator. Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berdepan detik cemas apabila jari tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Sambanthan di sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan melalui talian NG999 pada jam 3.43 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jari tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan dan tindakan selanjutnya. – MalaaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast