KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan kira-kira empat suspek bertopeng dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Sungai Buloh, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian barangan kemas serta kehilangan beberapa doumen penting.
Menurutnya, polis sedang giat mengesan dan menangkap kesemua suspek yang terlibat, katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Shamie Yosup di talian 013-646 3069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222. – MalaysiaGazette
















