Ahmad Zahid Hamidi

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap  tiada lagi pihak yang  melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran selepas Sidang Khas yang membentangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji di Parlimen hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia kerana ruang telah dibuka untuk setiap persoalan diperbahaskan, diperjelaskan dan dirungkai dengan sebaik-baiknya oleh ahli-ahli Parlimen.

“Mudah-mudahan selepas ini, tiada lagi pihak yang memilih untuk melemparkan tuduhan keterlaluan atau membina persepsi tanpa bersandarkan kebenaran,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sebarang teguran yang membina perlu disusuli tindakan penuh bertanggungjawab bagi memastikan Tabung Haji terus kukuh, diyakini pendeposit dan tidak lagi dibelenggu polemik berpanjangan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kita kebijaksanaan dalam menilai, hikmah dalam berbicara dan keikhlasan dalam mencari kebenaran… demi kemaslahatan ummah dan kepentingan negara. Insya-Allah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast