Cubaan seludup masuk rokok putih dengan mengisytiharkan sebagai ‘selipar’ bernilai RM948,640 termasuk duti dan cukai berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (JKDM KLIA) pada 30 Julai lalu.
Pengarah Kastam JDKM KLIA, Aspalila Ag Tuah berkata, barangan itu ditemui oleh pasukan Bahagian Penguatkuasaan hasil pemeriksaan di sebuah gudang di Zon Perdagangan Bebas KLIA sekitar jam 9.00 malam.















