Pertuduhan dijalankan di Wad 2-4 Hospital Melaka pada jam 12.05 tengah hari tadi oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif dan Shauki Mardia Baharudin di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Majistret Uthman Abd Ghani.

MELAKA – Seorang bekas tentera laut mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan melibatkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap dua anak kandung selain mencederakan isteri serta anaknya, Mei lalu.

Prosiding kes terhadap lelaki berusia 40 tahun itu yang juga bekas anggota tentera laut dijalankan di hospital berikutan dia sedang menerima rawatan akibat sesak nafas dan semput.

Pertuduhan dijalankan di Wad 2-4 Hospital Melaka pada jam 12.05 tengah hari tadi oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izzati Abdul Mutalif dan Shauki Mardia Baharudin di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Majistret Uthman Abd Ghani.

Pertuduhan dijalankan di Wad 2-4 Hospital Melaka pada jam 12.05 tengah hari tadi oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rif’ah ‘Izzati Abdul Mutalif dan Shauki Mardia Baharudin di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia lapan tahun pada waktu malam dan jam 7.30 pagi, serta terhadap anak perempuan berusia empat tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan TP 3, Taman Pahlawan, Sungai Udang, di sini, pada 23 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga didakwa atas dua pertuduhan lain iaitu melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak perempuannya itu di tempat sama pada 3 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(b) dan 15 (a) (i) AKKSTK 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan sebelum mahkamah mengurangkan kepada RM10,000 selepas mendengar rayuan tertuduh.

Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan Uthman, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 35 tahun.

Perbuatan dilakukan dengan cara menampar mukanya serta mencederakan dua anak kandungnya itu dengan memukul badan mereka.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 12, Jalan Solok Dogol, Sungai Udang, di sini, kira-kira 3 petang 11 Ogos lalu,

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM2,000.

Selepas mendengar hujahan kedua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 21 September depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast