Zion Suzuki. Foto IG Aston Villa.

LONDON – Aston Villa mengumumkan kehadiran penjaga gol Jepun, Zion Suzuki dari Parma dalam usaha memperkukuh benteng terakhir skuad itu menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Suzuki, 23, menyertai kelab itu dengan nilai perpindahan dilaporkan sekitar £29.9 juta (kira-kira RM177.5 juta).

Pengurusan Villa dilaporkan melihat Suzuki sebagai pelaburan jangka panjang yang berpotensi menjadi penjaga gol utama kelab pada masa depan.

Kehadiran pemain itu dilihat sebagai persediaan Aston Villa sekiranya penjaga gol utama, Emiliano Martinez meninggalkan kelab tersebut.

Bagaimanapun, rundingan melibatkan Martinez dan Juventus dilaporkan belum mencapai kata sepakat.

Pada Piala Dunia 2026 baru-baru ini, Suzuki turut mencuri perhatian apabila beraksi dalam kesemua empat perlawanan Jepun di kejohanan itu.

Dia memulakan karier profesional bersama Urawa Red Diamonds sebelum berhijrah ke Belgium menyertai Sint-Truiden dan kemudian menyertai Parma pada 2024.

Sepanjang dua musim di Itali, Suzuki membuat 57 penampilan Serie A bersama Parma.

Dilahirkan di Newark, New Jersey di Amerika Syarikat, Suzuki merupakan anak kepada bapa berasal dari Ghana dan ibu warga Jepun sebelum membesar di Jepun.

Dia kini berpeluang membuat penampilan pertama bersama Aston Villa ketika kelab itu memulakan kempen EPL menentang Brighton hujung minggu ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here