Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beramah mesra bersama penduduk pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) DUN Gadek di Kampung Gadek, Alor Gajah, Melaka. Foto SADIQ SANI, 09 OGOS 2026.

MELAKA – Jika pada awal kepimpinannya sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 berdepan pelbagai persepsi dan kritikan, pandangan sebahagian penduduk negeri ini terhadap Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kini mula berubah.

Ia selepas mereka menyaksikan sendiri kesungguhannya turun padang dan melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, perubahan sentimen itu dapat dilihat menerusi komen netizen di media sosial yang semakin menerima Ab Rauf atau dikenali Tok Rauf selepas tiga tahun lima bulan menerajui pentadbiran negeri sebaik sahaja mengangkat sumpah pada 31 Mac 2023.

Antara tangkap layar netizen terhadap kepimpinan Ab Rauf kini lebih banyak dibuat berdasarkan rekod kerja dan kehadirannya di lapangan berbanding polemik politik ketika beliau mula mengambil alih kepimpinan negeri.

Antaranya, pengguna Facebook Tok Dalang’s yang mengakui pada awalnya tidak menyukai Tok Rauf kerana cara beliau mengambil alih jawatan ketua menteri, namun mengubah pandangan selepas melihat kesungguhannya bekerja untuk rakyat.

“Tok Rauf ok dah. Aku mula-mula tak suka Tok Rauf sebab cara dia ambil kuasa dengan Tok Leman, tetapi bila tengok kesungguhan dia pada rakyat Melaka, orang sebegini harus dia kekalkan,” katanya.

Antara tangkap layar netizen terhadap kepimpinan Ab Rauf kini lebih banyak dibuat berdasarkan rekod kerja dan kehadirannya di lapangan berbanding polemik politik ketika beliau mula mengambil alih kepimpinan negeri.

Ab Rauf mengetuai kerajaan negeri susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 kerana masalah kesihatan

Pandangan hampir sama turut disuarakan Hafezul Latif yang mengakui pernah membuat penilaian awal terhadap ADUN Tanjung Bidara itu berdasarkan persepsi, namun kemudian mendapati beliau mampu melaksanakan tugas dan kerap turun ke lapangan.

“Awal-awal saya termakan fitnah dan judge daripada fizikal dia. Lama-lama dia ini boleh buat kerja rupanya. Dan rajin turun bawah, Jauh dari expectation awal,” katanya.

Riuh… Gelagat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bersama ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman beramah mesra pada jualan murah DUN Telok Mas sempena program Jelajah Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat di Melaka Tengah. Foto AIZAT ZAINAL, 02 OGOS 2026.

Pengguna Facebook Abu Kalila yang bukan berasal dari Melaka tetapi sudah hampir lapan tahun menetap di negeri itu bersama keluarga turut memberikan pandangan positif terhadap kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu.

Menurutnya, Ab Rauf merupakan pemimpin yang lebih banyak bertindak berbanding bercakap selain tidak menjadikan aktiviti turun padang sebagai sesuatu yang bermusim.

“Saya bukan orang Melaka dan tak lahir di Melaka. Cuma dah dekat lapan tahun menetap di Melaka dengan keluarga. Tok Ab Rauf Yusoh ini pemimpin yang humble.

“Jenis lebih kepada action atau buat kerja daripada bercakap, turun padang bukan bermusim. Tahniah orang Melaka dapat pemimpin macam ini asyik lebihkan rakyat je,” katanya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah), ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman konvoi motosikal pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Duyong dan DUN Telok Mas di Melaka. Foto SADIQ SANI, 02 OGOS 2026.

Farhan Rosli menyifatkan sebahagian wakil rakyat UMNO pimpinan Tok Rauf sebagai “muka yang dipercayai buat kerja”, manakala Muhammad Faiz Zulkifli Auni berkata kehadiran mereka masih memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN.

Othman Jaya pula menyifatkan kepimpinan berkenaan perlu dikekalkan dan menyeru supaya usaha memperkukuh BN dan UMNO di Melaka diteruskan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima cenderamata daripada Penyelaras DUN Rembia merangkap Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Fairul Nizam Roslan pada Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) DUN Gadek di Kompleks Japerun DUN Rembia, Alor Gajah, Melaka. Foto SADIQ SANI, 09 OGOS 2026.

“Ya, amat setuju. Kekalkan satu jiwa satu harapan agar BN UMNO maju ke depan,” katanya.

Nani Nasri turut menyifatkan Ab Rauf dan pasukannya sebagai “cukup bagus dan baik”, selain berharap kepimpinan berkenaan membuat keputusan terbaik untuk rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Fakhri Shatibi pula berkata, Rauf sering dilihat turun menghadiri pelbagai program bersama rakyat.

“Tok Rauf selalu turun, banyak program. Lima tahun pun pengamatan,” katanya.

Situasi itu turut memberi gambaran bahawa penilaian terhadap kepimpinan Ab Rauf kini lebih banyak dibuat berdasarkan rekod kerja dan kehadirannya di lapangan berbanding polemik politik ketika beliau mula mengambil alih kepimpinan negeri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here