Yusri (kanan) bersama Ustaz Zul Pandan (tengah) dan Suhaimi selepas menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Taman Kencana 2026 di Ampang hari ini.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengambil berat masalah penduduk, seorang pesara menerima gelaran Tokoh Maliudur Rasul Taman Kencana 2026.

Yusri Mahat, 58, seorang pesar Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)  berasal dari Temerloh itu turut dikenali sebagai gelaran ‘Tok Penghulu’ dalam kalangan penduduk.

Selain itu, tokoh yang sama bagi wanita dan kanak-kanak turut dipilih sempena Sambutan Maulidur Rasul Taman Kencana.

Turut hadir Pengerusi Surau Nur Iman, Suhaimi Mat Arshad dan ahli perniagaan, Datuk Zainol Abidin Mohamed.

Zainol menyampaikan hadiah kepada Tokoh Maulidur Rasul Kanak-Kanak Taman Kencana, Irfan Hanif.

Sebelum itu, sekumpulan penduduk berarak di sekitar Taman Kencana sambil berselawat pada sebelah pagi.

Kemudian penduduk juga mendengar ceramah berkaitan Nabi Muhamad SAW oleh penceramah terkenal, Ustaz Zulkifli Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zul Pandan.

Sebahagian penduduk Taman Kencana berarak sambil berselawat sempena Maulidur Rasul di Ampang hari ini.

Sementara itu, menurut Suhaimi, pihaknya meneruskan tradisi Taman Kencana menyambut Mauidur Rasul walaupun secara kecil-kecilan.

“Selain meneruskan tradisi, kami mahu sambutan sebegini diteruskan oleh golongan muda walaupun penduduk di sini tidak banyak seperti taman-taman lain di sekitar Ampang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here