Pengarah Komunikasi PH, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas beramah mesra dengan warga Felda Kepis sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Kuala Pilah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 JULAI 2026.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) mempunyai jadual dan garis masa tersendiri dalam membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rundingan pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN), termasuk jumlah kerusi yang mungkin ditandingi setiap parti.

“Untuk pihak PH dan juga untuk PKR, boleh rujuk dengan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status rundingan kerjasama PH-BN bagi menghadapi PRN Melaka yang akan datang.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat untuk memperincikan bentuk kerjasama antara gabungan itu dengan BN termasuk agihan kerusi pada PRN Melaka.

Perdana Menteri berkata, Amirudin diamanahkan untuk meneliti perkara itu.

Bagaimanapun, Fahmi tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai jumlah kerusi yang telah dipersetujui atau bentuk pembahagian kerusi antara kedua-dua gabungan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here