DHAKA – Pasukan penyelamat sedang mencari seorang remaja lelaki warga New Zealand yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya bersama tiga individu lain terbalik di Bangladesh.
Albert, 16s, hilang selepas bot berkenaan terbalik akibat keadaan air yang bergelora pada pagi Selasa (waktu tempatan) berhampiran muara sungai di luar Cox’s Bazar, di pantai tenggara negara itu.
Tiga lagi warga New Zealand yang berada di dalam bot berjaya diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran.
“Pengawal Pantai sedang mengesan remaja itu, manakala sebuah helikopter menjalankan operasi mencari dari udara.
“Nelayan turut dimaklumkan mengenai kehilangan remaja berkenaan,” kata seorang pegawai operasi.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran berikutan keadaan laut yang bergelora di Teluk Benggala.
Kejadian berlaku semasa keempat-empat mereka sedang dalam perjalanan sebelum bot berkenaan terlibat dalam kemalangan.
Laporan media tempatan menyatakan keempat-empat mereka berasal daripada keluarga yang sama, namun pegawai operasi belum dapat mengesahkan maklumat itu. – Agensi
















