Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki berusia 48 tahun yang terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Desa ParkCity, Persiaran Residen, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, laporan itu diterima pada kira-kira 3.32 petang.

Menurut beliau, polis kemudian pergi ke kediaman lelaki berkenaan dan dengan bantuan bomba berjaya membuka pintu unit tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemukan tiga individu yang telah meninggal dunia di dalam bilik berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan isteri lelaki berkenaan serta dua anak mereka, masing-masing perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here